Saturday, July 17

Jangan tersalah pilih....~

Salam semua..

 cuba kita berfikir sejenak..

Semua manusia inginkan kesempurnaan dan kecantikan. Tambah2 lagi dalam soal pemilihan jodoh. Perkara2 sebegini lebih memihak kepada kaum lelaki. Biasanya, selera kaum lelaki nie lebih kepada kecantikan zahir tanpa menitik beratkan budi bahasa sebagai kayu pengukur. Yang penting si dia itu cantik...Bagi mereka kecantikan seseorang itu secara tidak langsung akan menjadi penawar segala masalah yang melanda. Jangan hanya pandang dari satu sudut jer cekk abang oiii...

Tambahan pula dizaman IT nie, ramai yang berkenalan melalui IRC. Seolah-olah menjadikan program tersebut sebagai tiket untuk mencari jodoh. Tapi faham2 jelah, bila mengenali seseorg tu melalui chating nie banyak yang tak betul dari yang betul. Almaklumlah...tiada siapa pun akan tahu samada kita nie berlaku jujur atau pun tidak. Dah
lah kita tak tau orang tu jujur dengan kita atau tidak. Tambah2 bab rupa paras, yang membuatkan kita tertanya2 bagaimana rupanya teman kita itu. Aduh...pening di buatnya.

Mula2 kenal melalui chatting, takkan nak chatting selamanya kot? Sesekali mesti terdetik di hati nak bersemuka dengannya kan? Lalu pertemuan pun diatur...kadang2 tu ada juga yang dah 'tersangkut' sebelum bertemu. Bercinta sikit punya lama, tanpa mengetahui rupa paras org tue. Bukannya apa, kalau dia ikhlas terima kita tanpa memandang paras rupa, tak kisah lah...buatnya lepas jumpa terus 'kensel' camana? Mesti frust punya....

Biasanya...perempuan ni tidak meletakkan rupa paras sebagai faktor utama pada seseorang lelaki. Asalkan tingkah laku dia baik..sudah memadai. Tetapi berbeza pula dengan kaum lelaki...jika perempuan yang ditemuinya itu tidak cantik pasti akan ditolak awal2 meskipun perempuan itu cantik perilakunya. Betul tak?

Satu persoalan untuk kaum lelaki...mengapa lelaki nie suka pilih yang cantik sahaja? Tahukah mereka, bahawa yang cantik itu tidak semestinya memberikan kebahagian? Untuk apa dibangga kekasih yang cantik rupa parasnya, sedangkan perlakuannya tidak melambangkan kecantikan yang sedia ada.

Jika kita lihat, kriteria memilih calon isteri mengikut hukum Islam juga meletakkan agama sebagai faktor utama, kemudian barulah diikuti dengan keturunan, kekayaan dan rupa paras. Sesungguhnya rupa paras itu tidak akan kekal selamaya andai tingkah laku tidak secantik wajah.

Wahai kaum lelaki...jangan hanya pandai memilih perempuan yang ada rupa paras sahaja...sebaliknya pastikan diri kamu itu juga sedemikian. Biarlah kecantikan itu lahir dari segi rohani serta batinnya kerana itulah kecantikan yang hakiki. Usahlah mengharap perempuan semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karam Allah Wajhah.

~sekadar renungan~   

No comments:

Post a Comment