Monday, July 19

Cintakah Itu ??

 "Bila kamu mencintai, kamu akan dilukai"

Adakah kerana cintalah itu rasa disakiti,
jika melihat dirimu berbual mesra dengan gadis lain...
Cemburukah aku atau cintakah itu?

Cintakah itu apabila dikau jauh,
terasa rindu terlalu kuat mencengkam jiwa,
sepi dan menyakitkan...

Cintakah itu apabila dikau dekat,
terasa sungguh bahagia namun hati berdebar-debar...

Cintakah itu saat ingin ku luahkan 'aku cinta padamu',
lidah kelu tidak mampu berbicara...

Cintakah itu saat ku tatap matamu,
ku terpesona dan hanya hati berkata-kata....
'Kekasih..kaulah bandingnya cinta itu'....

Cintakah itu kala dirimu menjauh dan membisu,
aku mencari dan menangis...
Cintakah itu saat dirimu akan pergi,
terasa semangat layu tak bermaya...

Dan setiap detik yang berlalu itu...
Aku sedari 'cintalah ini'...
Sesungguhnya aku terlalu mencintaimu...
Maafkan aku kekasih...
Kerana telah membisu...

p/s : cintailah yg maha mencintai..nescaya kamu tidak akan dikhianati & dilukai..

No comments:

Post a Comment