Monday, July 12

Anakku dan pokok epalnya ~

 Masa berlalu... budak lelaki itu sudah
besar dan menjadi seorang remaja. Dia
tidak lagi menghabiskan masanya setiap
hari bermain di sekitar pokok epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari dia
datang kepada pokok epal tersebut
dengan wajah yang sedih. "Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak
pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak
lagi gemar bermain dengan engkau,"
jawab budak remaja itu.








"Aku mahukan permainan. Aku perlukan
wang untuk membelinya," tambah budak
remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau
begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Jualkannya untuk mendapatkan
wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan." Budak
remaja itu dengan gembiranya memetik
semua epal di pokok itu dan pergi dari
situ. Dia tidak kembali lagi selepas
itu. Pokok epal itu merasa sedih.



Masa berlalu... Suatu hari, budak
remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa
gembira. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku
tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa
bekerja untuk mendapatkan wang. Aku
ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak
itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai
rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-
dahanku yang besar ini dan kau buatlah
rumah daripadanya." Pokok epal itu
memberikan cadangan. Lalu, budak yang
semakin dewasa itu memotong kesemua
dahan pokok epal itu dan pergi dengan
gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa
sedih kerana budak itu tidak kembali
lagi selepas itu.



Suatu hari yang panas, seorang lelaki
datang menemui pokok epal itu. Dia
sebenarnya adalah budak lelaki yang
pernah bermain-main dengan pokok epal
itu. Dia telah matang dan
dewasa."Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal
itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan
lagi budak lelaki yang suka bermain-
main di sekitarmu. Aku sudah dewasa.
Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai bot.
Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki
itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk
dijadikan bot. Kau akan dapat belayar
dengan gembira," cadang pokok epal
itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan
menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan
gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang
lelaki yang semakin dimamah usia,
datang menuju pokok epal itu. Dia
adalah budak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pokok epal
itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-
apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahku untuk kau
jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya
ada tunggul dengan akar yang hampir
mati..." kata pokok epal itu dengan
nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu
kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu
kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang
pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan
ingin berehat," jawab lelaki tua
itu. "Jika begitu, berehatlah di
perduku," cadang pokok epal itu. Lalu
lelaki tua itu duduk berehat di perdu
pokok epal itu dan berehat. Mereka
berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK
MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG
PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.
SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG
DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH
KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA
MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN
MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA,
KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK
MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI
MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI
DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA
TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA
SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN
GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK
LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP
POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH,
ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA
MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA
KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI
MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN
HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA
MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN
KEPADA REMAJA KITA.

No comments:

Post a Comment

Monday, July 12

Anakku dan pokok epalnya ~

 Masa berlalu... budak lelaki itu sudah
besar dan menjadi seorang remaja. Dia
tidak lagi menghabiskan masanya setiap
hari bermain di sekitar pokok epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari dia
datang kepada pokok epal tersebut
dengan wajah yang sedih. "Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak
pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak
lagi gemar bermain dengan engkau,"
jawab budak remaja itu.








"Aku mahukan permainan. Aku perlukan
wang untuk membelinya," tambah budak
remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau
begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Jualkannya untuk mendapatkan
wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan." Budak
remaja itu dengan gembiranya memetik
semua epal di pokok itu dan pergi dari
situ. Dia tidak kembali lagi selepas
itu. Pokok epal itu merasa sedih.



Masa berlalu... Suatu hari, budak
remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa
gembira. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku
tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa
bekerja untuk mendapatkan wang. Aku
ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak
itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai
rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-
dahanku yang besar ini dan kau buatlah
rumah daripadanya." Pokok epal itu
memberikan cadangan. Lalu, budak yang
semakin dewasa itu memotong kesemua
dahan pokok epal itu dan pergi dengan
gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa
sedih kerana budak itu tidak kembali
lagi selepas itu.



Suatu hari yang panas, seorang lelaki
datang menemui pokok epal itu. Dia
sebenarnya adalah budak lelaki yang
pernah bermain-main dengan pokok epal
itu. Dia telah matang dan
dewasa."Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal
itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan
lagi budak lelaki yang suka bermain-
main di sekitarmu. Aku sudah dewasa.
Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai bot.
Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki
itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk
dijadikan bot. Kau akan dapat belayar
dengan gembira," cadang pokok epal
itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan
menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan
gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang
lelaki yang semakin dimamah usia,
datang menuju pokok epal itu. Dia
adalah budak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pokok epal
itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-
apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahku untuk kau
jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya
ada tunggul dengan akar yang hampir
mati..." kata pokok epal itu dengan
nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu
kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu
kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang
pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan
ingin berehat," jawab lelaki tua
itu. "Jika begitu, berehatlah di
perduku," cadang pokok epal itu. Lalu
lelaki tua itu duduk berehat di perdu
pokok epal itu dan berehat. Mereka
berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK
MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG
PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.
SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG
DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH
KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA
MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN
MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA,
KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK
MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI
MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI
DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA
TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA
SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN
GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK
LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP
POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH,
ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA
MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA
KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI
MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN
HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA
MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN
KEPADA REMAJA KITA.

No comments:

Post a Comment